Tentang Anna

Tentang Anna itu terlalu luas. Dirinya luas, unexpected dan rumit. Ku cerita kan sedikit.

Kalau dia bercakap, dia akan terus bercakap. Dia kadang lupa nak berhenti. Tapi aku dengar saja, nanti bila dia sedar yang dia cakap banyak, dia minta maaf. Aku tak tahu atas alasan apa dia meminta maaf. 

Dia tak sayang sesiapa, tapi dia kisah samada orang sayang dia atau tak. Particularly, me. Dia nak orang sayang dia banyak-banyak, sikit-sikit tak mahu. Sudah sayang sikit pun patutnya dia bersyukur sebab masih ada sayang walau sikit. Tapi dia tak tahu, sayangnya seseorang itu terhadap seseorang yang lain, berbeza-beza sebabnya, tak diukur sikit atau banyak. Dan kau tak perlu tahu atas alasan apa aku menyangi orang semacam dia. 

Bila aku kata dia kuat cemburu, dia tak mengaku. Denial sampai ke sudah!

Dalam dirinya lautan, yang tak terduga. Seminit dia tenang, seminit yang seterusnya tiba-tiba berkocak. Tapi lautan itulah yang kupilih, dan ku harap tak tersampai ku ke pantai. Aku mahu terus di laut itu. Laut diri Anna.

Dirinya itu luas, seperti lautan, tak terduga dan rumit. Dah ku ceritakan sedikit. 

Popular posts from this blog

Living life as Baby.

Luahan Hati

Life Update : 2017