Saham Akhirat

Assalamualaikum it just suddenly popped out in my mind yang kenapa tak gunakan kemudahan Internet ni for my saham Akhirat. I just- recently deactivated my twitter account for the sake of me, myself yang duk doplohpatjam layan Twitter sampai kengkadang, Zuhur in the last hour. So not very the good one aha. Tapi, not even 12 hrs after deactivating, den dah rasa bosan gila. I just don't know what to do. Novel semua dah habis baca. 

Then, bila sekodeng sekodeng rak buku, mata cepat je tangkap kat satu buku. Tajuk dia

Cara Hidup Nabi Muhammad / The Way Muhammad SAW spent his life. (by Muhammad Abdul Aziz Al Khuly)

Then, came into my thoughts. To make twitter as a medium. Share benda benda baik yang sahih (inshallah) & this blog ni. Tengok lah camner, ade tak orang nak baca ke takder, that comes to another part. Sebab Allah utamakan niat, outcomes tu lain citer.

satu kisah tentanng Ummu Qais

Malah dalam Hadith daripada `Umar r.a. yang berkaitan dengan hijrah, persoalan niat turut ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w., "Sesungguhnya setiap amal disertai niat dan sesungguhnya bagi setiap insan apa yang diniatkannya. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu ialah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang hijrahnya itu untuk harta dunia yang hendak diperolehnya ataupun untuk seorang wanita yang hendak dikahwininya, maka hijrahnya kepada sesuatu yang dimaksudkan dalam hijrahnya itu." (Muttafaq `Alaih)

Kepentingan niat dalam menentukan kedudukan amalan atau perbuatan seseorang amat jelas dalam Hadith ini. Dalam peristiwa Hijrah yang berlaku pada bulan September 622 M. itu, terdapat salah seorang sahabat yang turut menyertainya semata-mata kerana keinginannya untuk mengahwini seorang wanita, iaitu Ummu Qais. Baginda s.a.w. mengetahui maksud lelaki berkenaan (yang kemudian digelar "Muhajir Ummi Qais") lalu memberikan peringatan sebagaimana yang jelas dalam Hadith ini. Teguran dan peringatan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. ini disebabkan suasana yang menyelubungi Baginda dan sahabat-sahabat ketika itu. Pada saat-saat yang genting itu, Nabi s.a.w. dan sahabat-sahabat yang lain menyandarkan tujuan penghijrahan mereka dari kampung halaman yang tercinta ke Madinah, kota yang terletak kira-kira 280 batu (320 km) ke utara Makkah itu semata-mata hanya kerana Allah s.w.t. Dengan kata-kata lain, penghijrahan bagi kepentingan, penyebaran dan kedaulatan agama Islam.
Oleh sebab niatnya itu, tiadalah yang diperoleh oleh lelaki berkenaan kecuali apa yang dihajatinya. Berbeza pula dengan sahabat-sahabat lain, yang sanggup menempuh segala kesulitan dengan penuh ketulusan hati demi menyelamatkan i`tiqad mereka yang suci, bagi mereka, pahala serta ganjaran yang besar. Ini kerana, hijrah yang disempurnakan oleh mereka semata-mata demi mengharapkan keredaan Allah serta Rasul-Nya. Berasaskan Hadith yang menekankan kedudukan penting niat inilah juga `ulama' usul fiqh membentuk salah satu kaedah fiqh asas, "Setiap urusan (perkara) bergantung pada niatnya"

Referrence IKIM , The way Muhammad SAW spent his life.

Popular posts from this blog

cloud nine

Agar dia hilang dari bumi.

Life Update : 2017